dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Hari Kurier Negera 2025

2 November 2025 | Aktiviti Terkini

1 November 2025 (Sabtu) – Pada 1 Disember 2023, Kabinet telah meluluskan kertas Cadangan bagi Hari Kurier Negara disambut pada 1 November setiap tahun.

Pemillhan tarikh 1 November sebagal Hari Kurier Negara alalah selari faktor berikut:
1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil alih fungsi kawal selia Akta Perkhidmatan Pos 2012 pada 1 November 2001;
2. Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia *(Association of Malaysian Express Carrier - AMEC) telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 November 2001; dan
3. Bulan November pada kebiasaannya menunjukkan peningkatan jumlah penghantaran bungkusan disebabkan olen tawaran promosi dan diskaun secara besar-besaran oleh platform e-dagang kepada pengzune pada 11 November (11.11). Dalam hubungan ini, kebergantungan platform e-dagang ke atas industri kurier adalah sangat tinggi bagi memenuhi peningkatan pesanan dalam bulan tersebut.

Tujuan utama Hari Kurier Negara disambut adalah dapat mengiktiraf kepentingan dan sumbangan industri perkhidmatan kurier kepada pertumbuhan ekonomi digital negara, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan dan sumbangan perkhidmatan kurier kepada masyarakat serta mengiktiraf dan menghargai kakitangan industri pos dan kurier yang dianggarkan seramai 174,000 orang kakiangan atas perkhidmatan cemerlang serta memastikan penyampaian perkhidmatan pada tahap yang terbaik.

Program ini telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 1:00 petang. Pihak NADI telah mengambil kesempatan ini dengan membuka reruai pendaftaran ahli NADI secara percuma disamping itu turut hadir wakil 2 Usahawan NADI membuka reruai jualan bagi mempromosikan produk mereka.

Seramai 4 orang wakil daripada petugas NADI Putrajaya telah melibatkan diri bagi program tersebut. Pada jam 10:00 pagi ketibaan Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan diteruskan dengan persembahan pembukaan program. Seterusnya adalah ucapan aluan daripada Encik Ronald Tan, Presiden Persatuan Syarikat-syarikat Penghantaran Ekpress (AMEC) dan majlis diteruskan dengan ucapan perasmian dan pelancaran Hari Kurier Negara 2025 oleh YB Datuk Fahmi Fadzil.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi atas talian oleh YB Datuk Fahmi Fadzil bersama warga kerja Industri Kurier dan seterusnya adalah upacara menandatangani surat kolaborasi: Shopee Malaysia dan Rakan Kurier sebagai inisiatif kolaborasi antara AMEC dan e-Dagang. Pada jam 11:00 pagi majlis diteruskan pula dengan sesi penyampaian Anugerah MyKURIER 2025 dan Tokoh Pekerja Kurier 2025 kemudian sesi peluncuran kod amalan perkhidmatan pos oleh YB Datuk Fahmi Fadzil. Pada jam 11:15 pagi majlis diteruskan dengan sesi ikrar industri yang diketuai oleh tokoh pekerja kurier 2024. Pada jam 11:30 pagi sesi diteruskan dengan lawatan tetamu kehormat ke reruai-reruai yang terlibat. Majlis tamat pada jam 1:00 petang yang disempurnakan dengan sesi makan tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.